F
O
L
L
O
W
reality


REALITY.
“ You don’t have to be great to start but you have to start to be great .”Quote itu dibaca Nad dalam diam .Mata melepaskan pandangan ke luar tingkap memikirkan perkara-perkara yang bakal terjadi dalam hidupnya .Hidupnya bukan seindah yang dsangka oleh semua orang meskipun teman rapatnya sendiri .Fikiran mereka jauh sekali meleset dengan realiti yang dialami oleh Nadhrah.
 “Nad,kau kena belajar terima qadr ilahi Nad .senyum!” Telefon yang diletakkannya di sudut meja kecil itu dicapai,punat hijau ditekannya .Terbit satu senyuman di wajah Nadhrah .
“Assalamualaikum Nad! Ko dekat mana? Hujung minggu ni deal tak ?Aku nak buat tempahan cukup-cukup ni.Pandailah ye cari pasangan masing-masing .Ko jangan lupa bawa kekasih gelap kau tu.”bebelan Ann tidak sempatku tangkap .
Ann,Ann satu nama yang tak asing bagi diriku.Mengenalinya sejak di bangku sekolah rendah lagi membuatkanku berasa selesa bersamanya tiap kira apa jua suasana.Lawak kapcainya memang tak diduga! Pecah perut maa layan budak amoi ni .Erm ,Nurul Aqilah memang dah masuk dalam list tetamu VIP perkahwinan aku nanti .harhar
“Ehem ,ehem ehem ehem !”
“oh ye,ye ye lupa pula kau ada kat corong talian sana.”terdengar tawanya d hujung talian .
“yelah amoiinya ,tahulah Gong Xi Fa Cai dah dekat ,janganlah excited macam tu .Susah aku nak tangkap .Huu”suaraku biarkan mendayu.
“ye lah bos! So,hujung minggu ni macam mana? Aku dah buat tempahan tunggu mastermind je lah teliti masterpiece aku ni.”
“pandai-pandai je kau kan ,aku tak kisahlah kau nak buat macam mana asal menjadi sudah .Aku dah call prinz park ,dah siap booking untuk 2 days I night !”
“oh ye,baguslah kalau macam tu ,nanti kau inform Ain dan Farz pula ye ,Niz dan Eifa maybe balik malam esok.Pagi lusa sampailah dorang.”Ann menjawab .
“ok ,apa-apa hal kau inform aku balik.Aku nak pergi mandi pula ni .”
“woi ,busuklah kau ni dah pukul 10 pagi tak mandi-mandi lagi .Aku chow dululah .Assalamualaikum..”talian dimatikan .
Kurang asam betullah cik amoi ni,kalau ye pom nak putuskan talian bagilah aku chance jawab salam dulu .Realiti hidup tidak pernah seindah yang diimpikan dan kita mesti berpijak di bumi nyata.Hadirnya sahabat seperti mereka semestinya menambah warna dan rasa dalam hidup aku .Patah hati ,remuk hati,sakit hati,terasa hati ? Kami dah laluinya bersama dan realitinya perjalanan perit itu kami mampu iringkan bersama-sama .
Senyum kembali .Berpijak di bumi nyata Nad!mandi



********
Usai mandi ,kakiku injak ke ruang tamu mencari kelibat ibuku .
“mana pula ibu ni?” Kepala ku jengahkan di ruang dapur .Kosong .Kebiasaannya pada waktu sebegini rumahku pasti riuh dengan tawa adik-adikku dan ibuku yang sedang menyiapkan makanan tengah hari kami sekeluarga .Sudah menjadi tanggungjawabku untuk membantu ibuku .
Sunyi .Bunyi deruan air terjun kecil di halaman lanskap ayah sahaja yang jelas kedengaran .
Beep beep
Bunyi nada deringan wrecking ball nyanyian Miley Cyrus jelas kedengaran di telingaku menandakan mesej masuk .
‘Akak ,ma dan abah balik lewat hari ni .Kebetulan sekolah abah ada event dekat Kuantan.Adik-adik semua ikut .Makanan ma sudah siapkan,akak panaskan je nanti .Jaga diri ,pintu dan tingkap nanti petang jangan lupa tutup .’-ommaaa
Nafas berat ku lepaskan .Sorang lagi… Aku nak buat apa ni ?
Telefon bimbitku capai sekali lagi .Tanganku pantas menaip butir-butir mesej .Mesej dihantar ,beberapa saat selepas itu aku mendapat balasan .
Alhamdulillah ,cantik !
Sementara menanti kedatangan mereka ,kakiku langkah ke ruang dapur .Resipi cupcake ke cari di google .Sekarang senang tak perlu guna buku resipi yang tebal-tebal ,maklumat di hujung jari dengan kemudahan IT pada zaman Y ni .Erm ..tapi disebalik kebaikan pasti ada keburukannya sendiri .Jadi,terserah kepada individu itu sendiri bagaimana hendak uruskannya .Tepuk dada tanya imanlah ya..
Bibirku tersenyum segaris .Mereka pasti suka .Dalam sejam setengah cupcakes dan macarons sudah siap dihidangkan di atas meja .

Ting tong..
Bunyi loceng bergema di sudut rumahku .Apronku cepat-cepat sangkut di penjuru dapur .Kaki segera melangkah ke pintu utama .
2 tahun ku tinggalkan Malaysia dan berhijrah ke Edinburgh .Sekarang,kebetulan Eifa dan Niz masih berada di Kelantan menghabiskan latihan khidmat negara yang masih berbaki selama 2 bulan .Rindunya bukan kepalang .
Memori lama masih berputas ligat sementara tanganku masih berkira-kira hendak bukakan pintu utama itu .Wajah mereka ku cuba lakarkan di benak permikiranku .Jelas sekali senyuman yang terpancar di wajah sahabatku ketika kami di Old Rock Beach dahulu .Zaman rocker aku dah tamat .harhar
Tap .Pintu dibuka .
“Naddd !!”bergema suara tawa mereka .Aku terpegun kaget. Tangan halus mereka halakan ke wajahku .
“Oit ,Nad!Kau taknak jemput kami masuk ke .Jauh-jauh kami datang ni semata-mata nak tengok wajah sahabat kesayangan kami ni .”Ann menyentuh bahuku menyedarkan aku dalam lamunan ciptaanku sendiri .
“Trappapppa ,korang ni.Terkejut aku tahu .Lupa,masuklah ,buat macam rumah sendiri .”tanganku salami dan cium mereka satu persatu .Farz memandangku pelik . “Nad,lainnya kau sekarang baru aku perasan.Mana pergi gelang leather favourite kau tu?”tanganku dipegang dan dibeleknya .Farz ,Farz tahap curiousity dia memang kitaorang tak boleh nak lawan .Habis tangan dan wajahku ditiliknya .
“Err ,aku dah tanggalkan...”mulutku masih susah untuk kubukakan.Memori Edinburgh biarlah berkubur begitu sahaja.
Life must go on..”tanpa sedar bibirku laju ucapkan ayat itu.Berkerut seribu muka mereka.Lawak lebih-lebih lagi cik amoi ni,Ann .
“Macam mendalam je makna ayat tu .Story molylah Nad.Macam tak biasa .Kan kan .”Ain yang sedari daripada tadi mendiamkan diri menjawab.Bahunya dicuit ke Farz manakala Farz mencuit pula Ann yang asyik memerhati ke segenak ruang rumahu .Body contact.
“Takde maknanya mendalam.Jum ikut aku,aku dah siapkan cupcakes dan macarons untuk korang.Special handmade tahu.
Tanganku kesatkan di dahi,membuat gaya mengesat peluh.Letih .
“Biar benar Nad ?Ratu rocker dah pandai masaklah.Eifa kau dah kalah .”sempat lagi Ann melaungkan kata keramatnya.Macam nak buat pengiktirafan pon ada .Tawa mereka memenuhi segenak penjuru .
“Hah? Apaaaa?”Terdengar derapan kaki di pintu utama tadi .Badanku toleh kebelakang.Melopong mulutku setelah melihat susuk tubuh di hadapanku.
Eifa .Syakirah Afifah ,siapa tak kenal .Ratu cookies dan megi antara kami .Insiden megi beberapa tahun lepas sempat ku putarkan kembali .Pukul 3 pagi ada lagi selera dia nak merasa megi air tanganku.Nak tak nak aku buatkan juga untuk dia melihatkan dia letih sangat waktu itu .Lepas siap makan terus sambung tidur .Boleh pula mata dia terpejam rapat dengan mangkuk licin berkilat berada di atas ribanya.Nak dijadikan cerita keesokannya bangun pagi,habis sembat satu muka .Siapa lagi mangsa bebelannya,buah hati jantung limpanyalah ,Az .Kepalaku gelengkan .
Tak berubah langsung kau Eifa .Senyum .
“Oit ,orang Paloh dah lupa ke? Lenguh eden menyorok ni .”terdengar lagi sapaan suara yang ku benar-benar kenal .Nisa Fatini.Mana pula empunya badannya .
“Tadaaaa!”hahaha, tawa Niz memang antara yang paling power antara yang ter-power .
Tanganku buka luas-luas ,menyambut pelukan mereka berdua .
Ya Rabbi rindunya mereka semua .Tanpa sedar jutaian mutiara jatuhku kesatkan menggunakan belakang lengan bajuku.
“Nad..kau menangis ke ?”Niz memecahkan suasana itu .
“Er er takdelah..mana ada aku nangis.Rocker mana nangis .”gigi putihku tayangkan kepada mereka .
“Macam-mana,macam-mana korang berdua boleh datang sini.Nanti abang ketul-ketul cari nanya korang.”fikiran sudah mula berimaginasi komander-komander di pusat latihan khidmat negara.Bengis ,garang ,tangan sudah sedia elok memegang senapang patah.Err,ngeri .Tak senyum langsung .
“Hah,dia dah mulalah tu fikir macam-macam. Haha Wahai Cik Nadhrah ,kami sudah boleh pulang ke tanah kota kami dengan rasminya sejak pagi tadi lagi.Sepatutnya memang esok tapi itu untuk pelatih yang pulang dengan bas .Memandangkan aku dan Eifa ni sangatlah ohsem jadi kami pulang dengan parents sendiri .Kebetulan kitaorang pulang sekali dan cik Ain pula call so kitaorang decided nak drop by sini terus .Bijak tak ? Think think think .”Niz sudah mula buat gaya professor .
“oh macam tu.Bertuah aku dapat kawan macam korang.Berkorban apa saja~..”Farz terlebih dahulu menutup mulutku .Kurang asam boi budak ni.Aku baru nak tunjuk bakat terpendam yang ku simpan sekian lama.
 “Kalau macam tu,jumlah jumpa cupcakes dan macarons aku then lepas ni kita buat girls talk dalam bilik aku .”aku memberi cadangan sambil langkah ku aturkan ke ruang dapurku.
Mereka hanya menuruti .
Mata mereka ku suruh dipejamkan.
“Trapppapapa.Surprise !!~”

      
“Pppapapapa~! Woah”
Serentak. Nak tergelak pun ada .
“Hehe ,trylah .Kalau tak best jangan cekik aku pula .Tak merasalah korang nak culik secret recipe dari aku.”
“Kau macam tahu-tahu je aku nak culik resipi kau letak credit untuk aku .”Ketawa Eifa sambil mulutnya ligat menguyah cupcakes perisa strawberi .
“Aku..aku surrender .”
“Hah,kau nak serah diri kat siapa? Polis. Buat apa Eifa? Kau buat jenayah apa pula ni cik oi”Ann yang sedang menguyah macaron itu tetap dengan perangai blank. Sebiji dengan Mong Ji daripada rancangan variety show korea running man.
“Haha ,Ann boleh tak kau jangan jadi comel sangat .Terasa nak cubit-cubit pipi gebu kau”Farz sudah membuat gaya menggomol uli.
“Kau jangan Farzana aku high kick karang baru tahu.”
“Dah,dah korang .Macam Tom and Jerry je aku tengok.”Ain memberi ulasan.
Kihkihkih.Memang banyak ragam.
“Aku surrender dalam masakan cupcakes ni sayangku Nurul Aqilah .Ngerti ?”Eifa menjawab betul-betul di telinga Ann.Apa lagi terkulat-kulat Ann di situ.Telinga memang her weakness highest point.Sejak dahulu lagi .
“Korang jum .”
Terpinga-pinga mereka .
“Mana ?”
“Ataslah .Gitar pink ada kat atas juga.Farz your perfomance turn.”
Mataku sempat kelihkan ke arah mereka .Farzana aku tahu kau lagi hebat .
“Nadhrah! Macarons dan cupcakes ni aku angkut sekali ya .”tangan Ann sudah penuh dengan muatan sebelum sempat menunggu jawapanku .Comel betul .

*******

“Really ?”
“It is too hurt ?”
“Not really”
“Best experience in my life so far .After this jomlah try apply ke sana juga”
“Medic ?”
Ketawa kecil ku lepaskan.
“Atas koranglah .”
“Erm ,I believe ,even we are far apart from each other but our sincere and genuine relationship will last forever.”Ain mula menyatakan pandangan .
Angguk .
“TESL ,Eifa”
“Ain ,Law”
“Architecture ,Niz”
“Medic pasti milik aku dan Ann”
“Nad?” tanya mereka .Serentak .
 Mulutku masih terkunci rapat .Fikiran masih menyusun kata yang terbaik .

“Artist” pendek sahaja jawapanku.

Mereka sudah mula berpandangan sesama sendiri .
“Nadhrah,kau sudah fikir masak-masak ke ? Kerja sebagai artis memanglah lumayan kalau kau dapat tawaran melimpah ruah.”

“Tiket nak buat dosa pun mudah Nad”lemah sahaja tutur kata Ain .Jauh sekali fikiran mereka.Meleset sama sekali.

“Aku memang unpredictable kan?”

Angguk .

“Hey,wake uplah.Artist bahagian artlah. Erm ,pelukis ?”

Lega.

“Oh,pelukis .Terkejut aku tadi .Aku ingatkan betul-betul kau ni. Soal baca fikiran aku memang surrender.Kau,Nadhrah memang mastermind .” Ann sempat lagi membuat lawak.Sekadar berbasi-basi .Mungkin Ann sudah dapat menganggar fikiranku yang masih kusut .

Tangan mereka ku pegang .Kejap.Tetapi cukup untuk menghilangkan perasaan resahku .

“Aku tak kisah pun korang nak pilih bidang apa nanti .Asalkan kita saling support each other kan?”

“Betul tu .”

“ and..a good friend is helping each other to jannah not attain to hellfire” Kata-kata Ain menusuk ke jiwaku.Mendalam sekali maksudnya .

Aku memang sangat bertuah .Indeed, aku masih tak reti bersyukur .

“Korang sekejap ya ,ma aku call..”







********

Sejurusku masuk ke bilik tidurku ,petikan gitar jelas kedengaran di telingaku .Farzana pemetiknya .Ann sudah siap sedia dengan piano oloknya , Niz dengan camrecorder , maskot badut sudah tersarung elok di badan Ain . Penyanyi utamanya semestinya Eifa.
“Nah sambut Nadhrah” spec double eyelid disambutku. Crown olok berwarna putih dipakai .Muzik penyanyi indie korea Juniel ,Forever dipasang memenuhi ruang bilikku.

I raise my curled body,
The white clouds and the blue sky I always look at are prettier than usual
Forever You, I’m coming to you friend,
One day, we will face each other, we want to protect you until we are able to laugh
Love you friend, Love is the beginning of forever ..



Lirik lagu yang diubah sedikit menyedapkan telingaku menghayatinya .
Thanks a lot .
Mutiara jernih sekali lagi disekaku .
“Nadhrah pandang sini . click.”
“Niz ,aku tak sempat posing lagi .Sekali lagi, sekali lagi”
“Nadhrah sesuialah double eyelid spec ni untuk kau.”Ann cuba menyakatku.

“Apa pula dengan aku wahai cik amoi ,kaulah”
Hahaha .
“ye tak ye juga kan ,kalau aku pakai mesti terbentuk cantik eyelid aku.Kalah korang punya” huhuhu .Jari jemarinya masih ralik dengan alat muzik oloknya .
“Perasan betul kau ni Ann” pekik Eifa dalam selang selinya menuturkan bait-bait lirik lagu Forever itu.
Selawak-lawak mereka ,seberapa banyak pun kerenah mereka . Mereka tetap sahabat aku dunia akhirat .Insya Allah .
*********
Fuhh.
“Boleh kita try jamming pula lepas ni kan ?” pelawa Niz dalam gurauan .
“Aish kau ni Niz ada pula ke situ .” Ain tuturkan kata sambil mencium kucing kesayanganku ,Puteh .
“Aku guraulah .click”
“Comel je kau Ain waktu serius” Eifa pula mencelah .
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang .
“Korang ,tidur sini jelah malam ni.Ma aku cakap dorang tak boleh balik malam ni.Jalan jam .Nak raya kan ...” pelawa aku .
“Erm ....”
“Yang tu ,jangan risaulah .Pakai je baju aku .Nanti korang pilihlah nak baju mana.Ada di bilik sebelah.” Aku terlebih dahulu memotong,sudah dapat mengagak kemusykilan mereka.
“Kalau macam tu boleh aja! Aku nak tanya parents aku dulu ya.”serentak mereka memberikan jawapan ....
*********
Aku teringat kembali kata-kata yang pernah ku baca dulu. ‘Be the muslim you want to meet.’
Bagi aku sahabat yang Allah kurniakan kepada aku ini banyak memberi dan menunjukkan aku senario manis dunia yang bersifat sementara ini. To be the proper muslim like you’ve always been dreaming ,its not take a minute to change .
To me .Apabila seseorang itu hendak berhijrah ,it counts every single thing in her life and this need lots of efforts and sacrifices .And believe dunya doesnt last forever .Really we need back to reality.
For everything that we have right now ,says Alhamdulillah and praise to God .
God the Almighty always give a lots of chances to change to someone proper .Maybe certain people need someone to guide him or her as well.This we call SUPPORT .
Be real ,all we need is Him .His guidance . ‘Dont afraid to change,we’ll lose something good but we’ll gain something better .Believe Him .Believe His planned .
Senyum .
Angin bumi Edinburgh memukul lembut wajahku . Buku kecil berwarna pitch ku tutup .
Believe in Him.Have faith in Him .Teringatkanku kepada buku mengenai kisah kehidupan syeikh Abdul Qadir Al-Jailani , ‘jangan bergantung kepada makhluk’ .
Petunjuk daripadanya adalah yang terbaik .
Siapa sangka. Hasrat ku untuk menjadi artist , meleset sama sekali .
Lucu .Manusia memang tidak akan dapat membaca future plan mereka .
“Nadhrah !”
“Ingat ,Put your trust on Allah”kedua-dua bahuku digenggam erat olehnya .
Syukur .
Farzana , Aqilah , Afifah , Nisa , Ain dan aku bersua kembali di bumi asing ini .
Kebenarannya , kami semua bernyawa masih di bawah langit Ilahi .
Dan , realitinya .Medik itu bidang kami . We serve for Ummah .Insya Allah .
Tiga tahun lalu ,plan aku dan Ann untuk buat surprise kepada pelatih PLKN terhormat di Prinz Park terkubur begitu sahaja setelah mereka datang melawat aku sendiri di rumahku .
Cita-cita kami yang berlainan pada waktu itu juga jauh sekali meleset kepada realitinya .
‘What happen in your life is what you believe’
Ku hadiahkan segaris senyuman kepada mereka .
And just like that, my eyes have opened, my tears have dried.
The illusion has died.”- yasmin mogahed.
Pegangan tanganku kemaskan .Kami mengambil tempat di bangku panjang memuatkan kami berenam .
“Laut”
“Rindu pantai Terengganu”
“Old Rock Beach?”
“lagiiii ?”
“Hahahaha” serentak tawa kami pecahkan .
Now,its time to realise .We live in reality not imagination and illusion .
But ,
That two things are also have their own role indeed .


Siapa sangka bumi Scotland ni kita jejak bersama-sama dan menuju misi yang sama.
Praise to God . Alhamdulillah J
-------THE END-------